Jenis kasus Kasus tatabahasa

Pada tugu peringatan ulang tahun penubuhan bandar Balakhna, perkataan Balakhna di muka kanan merupakan kasus nominatif, manakala ungkapan 500 Let Balakhne ('500 Tahun Balakhna') di muka hadapan memakai kasus datif.

Biarpun tidak begitu ketara dalam bahasa Melayu mahupun Inggeris, namun kasus-kasus sebegini lebih menonjol dalam pelbagai bahasa lain, seperti bahasa Latin, Yunani, Jerman, Sanskrit, dan Rusia.

Mengikut sejarah, kebanyakan bahasa-bahasa Indo-Eropah dahulunya ada lapan kasus bermorfologi, tetapi bahasa-bahasa moden pula kurang menggunakan kasus sedemikian, sebaliknya menggunakan kata depan dan susun kata untuk menyampaikan maklumat yang pernah disampaikan dengan menggunakan bentuk kata nama yang berbeza. Lapan kasus bersejarah adalah seperti berikut, disertakan contoh:

  • Kasus nominatif, bersamaan kasus subjektif bahasa Melayu, ialah subjek bagi kata kerja finitum:Kami pergi ke kedai.
  • Kasus akusatif, bersama kasus datif dan ablatif (bawah) bersamaan kasus objektif bahasa Melayu, ialah objek langsung bagi kata kerja:Dia mengingati kami.
  • Kasus datif merupakan objek tak langsung bagi kata kerja:Dia memberi kami diskaun.
  • Kasus ablatif merupakan pergerakan dari sesuatu, dan/atau punca:Dia meninggalkan kami untuk berjumpa doktor.Dia bersedih kerana murung.
  • Kasus genitif, bersamaan kasus milik, merupakan pemilik kepada satu lagi kata nama:Buku saya di atas mejanya.
  • Kasus vokatif merupakan penerima pesanan:Awak di sana tak apa?
  • Kasus lokatif merupakan lokasi:Kami tinggal di Malaysia.
  • Kasus perantian merupakan objek yang digunakan untuk melakukan sesuatu:Kami bermain muzik dengan piano.

Semua contoh di atas sekadar huraian kasar; lain bahasa lain caranya menentukan kasus, apatah lagi lazimnya agak rumit. Biasanya kasus adalah berasaskan perubahan pada kata nama untuk menentukan peranan kata nama dalam ayat. Lain pula bagi bahasa Melayu, yang mana susun atur kata dan kata depan digunakan untuk menentukan peranan kata nama tersebut, oleh itu amat sukar untuk diterima bahawa contoh-contoh di atas boleh dianggap sebagai penggunaan kasus dalam bahasa Melayu.